

|
Syair UntukKu :')
Saturday, 23 August 2014 @ 01:00 | 0 Comment [s]
Jika Tuhanku bertanya padaku...
Tidak malukah kau bermaksiat pada ku? Kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku.. Dan datang padaku dengan penuh dosa... Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang? Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku? Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati.... Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan.. seolah olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya... Seakan mati tidak akan menemui ku.. Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri... Nah ! Siapa sekarang yang mampu melindungiku? Aku melihat pada wajah wajah... Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku? Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diri ini? Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku? Celakanya aku ! Apakah aku tak mendengar ayat ayat Allah yang menyeruku ? Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaaf dan Yassin ? Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari penghimpunan dan ad-deen(qiyamah) ? Adakah aku tak dengar pangilan ajal maut, menyeru dan menjemput ku ? Maka Ya RABB ? Seorang hamba datang bertaubat, Siapa yang dapat melindunginya ? Melainkan Tuhan yang MAHA luas pengampunanNYA dan yang membimbingku pada kebenaran... Aku telah datang padaMu maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan ( kebaikan ) ku... Dan ringankan ( percepatkan ) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban... ![]() |
Es En Zet Ty
Navigations! ♥ FAV ARTIST ♥
♥ SinCe ♥
♥ ROAD TO SUCCESS
♥ Family ♥
Credits Too ~ |